Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis Kesyukuran sempena ulang tahun DANA ke-25

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Sempena Ulang Tahun Penubuhan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) ke-25 tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat DANA telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran Majlis di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Imam Tingkat 1, Haji Julazni bin Haji Zaini diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan bacaan Doa Kesyukuran sempena 25 tahun penubuhan DANA. 

    DANA merupakan pesambah berkekalan dalam bentuk yayasan amal yang disembahkan oleh Yayasan bersempena dan pada memperingati Pemasyhuran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menjadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota pada 10 Ogos 1998. DANA telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1998. 

    Sepanjang 25 tahun penubuhannya, DANA telah melaksanakan beberapa projek amal dan bantuan khusus bagi anak-anak yatim melalui sumbangan kewangan yang dibuat dengan sukarela oleh para penyumbang yang terdiri daripada pihak individu, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta, badan-badan perniagaan dan perusahaan, dan badan-badan amal.

    DANA sangat menghargai sumbangan ikhlas lagi berterusan daripada para dermawan dari sejak penubuhannya pada Ogos 1998 sehingga sekarang. 

    DANA seterusnya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan, sumbangan yang tulus ikhlas dan inisiatif murni orang ramai dalam sama-sama berganding bahu menjayakan projek bantuan DANA demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim di negara ini.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis berkenaan.

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...