Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korban nahas kereta api di Bangladesh meningkat

    DHAKA, 24 OKT – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 100 yang lain cedera di Bangladesh selepas dua kereta api bertembung, kelmarin dengan pihak berkuasa berkata mereka bimbang jumlah kematian akan meningkat.

    Nahas di bandar timur Bhairab melibatkan kereta api barang merempuh sebuah kereta api penumpang yang bergerak ke arah bertentangan, menyebabkan dua gerabak penumpang tergelincir, kata pihak berkuasa.

    “Kami telah menemui 17 mayat. Lebih 100 orang cedera,” kata Sadiqur Rahman, pentadbir kerajaan di Bhairab memberitahu AFP, yang terletak kira-kira 60 kilometer di timur laut ibu kota Dhaka.

    “Angka kematian akan meningkat,” kata Rahman, dengan penyelamat melaporkan mereka masih dapat melihat mayat yang tersepit dan terperangkap di bawah gerabak yang terbalik.

    “Sebuah kereta api penyelamat yang membawa kren sedang dalam perjalanan,” katanya.

    Penduduk tempatan dan sukarelawan bergegas ke tempat kejadian selepas kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 petang.

    Nahas berlaku selepas sebuah kereta api memasuki laluan yang sama dengan yang lain, kata Rahman.

    Rakaman video yang disiarkan oleh saluran persendirian 24 menunjukkan ratusan orang memenuhi tapak kemalangan dengan ramai yang menangis ketika mereka mencari saudara mara.

    “Kami telah menyelamatkan sekurang-kurangnya dua orang yang masih hidup daripada gerabak yang terbalik,” kata Nazmul Haque, seorang sukarelawan Bulan Sabit Merah, kepada pemberita.

    Pegawai berkata perkhidmatan bomba, polis dan pasukan keselamatan Batalion Tindakan Pantas elit berada di tempat kejadian.

    Pihak berkuasa Bangladesh telah memerintahkan dua siasatan ke atas kemalangan itu, dan rayuan telah dibuat untuk sukarelawan menderma darah. – AFP

    Pihak berkuasa Bangladesh telah memerintahkan dua siasatan ke atas kemalangan itu, dan rayuan telah dibuat untuk sukarelawan menderma darah. – AFP

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...