Wednesday, April 30, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam budayakan pembacaan Al-Quran

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Sebagai acara keagamaan tahunan pada bulan Ramadan, seramai 27 orang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bang Dalam termasuk golongan belia masjid dan Muslimah masjid berkenaan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Arwah Sekampung, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Masjid Kampung Bang Dalam, Biong, Daerah Tutong itu ialah Penghulu Mukim Lamunin, Awang Mohd Jaafar bin Haji Tinggal.

    Turut hadir Pemangku Ketua Kampung Layong, Awang Mohammad Noh bin Haji Mohd Taib; Pemangku Ketua Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong, Awang Muhd Fitri Zulhilmi bin Haji Muhd Shah Asnawi; dan Ketua Kampung Rambai, Awang Mohd Dahalan bin Kaslan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah An-Nas beramai-ramai. Kemudian acara diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang dipimpin oleh Haji Mohammad Azman.

    Antara lain tujuan majlis adalah untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan jemaah masjid, selaras dengan hasrat Negara Brunei Darussalam menjadi Negara Zikir.

    Di samping itu, ia juga dihasratkan untuk sama-sama menggalakkan lagi penglibatan para jemaah dalam aktiviti keagamaan agar dijadikan amalan harian.

    Awang Mohd Jaafar semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MASJID KAMPUNG BANG DALAM
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MASJID KAMPUNG BANG DALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda