Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Majlis khatam imarahkan minggu akhir Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya, Nurdiyanah R., Yusrin Junaidi & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Minggu terakhir Ramadan ini terus meriah dengan acara-acara keagamaan terutamanya majlis khatam sebagai penutup majlis tadarus di bulan Ramadan.

    Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Temburong bersempena bulan Ramadan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Dalam pada itu, Badan Ugama Islam (BUI), PPDB pula telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran di Surau Polis Gadong, PPDB, hari ini.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan turut hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan warga PPDB khususnya di bulan Ramadan yang mubarak ini.

    Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Tadarus Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran di Surau Polis Gadong, PPDB, kelmarin. – Gambar serahan PPDB
    Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam bagi pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Temburong yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong. – Gambar serahan PPDB
    Sebahagian peserta khatam Al-Quran masyarakat mualaf Mukim Amo yang berlangsung di Balai Ibadat Kampung Sibut, baru baru ini. – Gambar serahan Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
    Awang Nohi Irwan Surkarki menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang turut diraikan pada majlis khatam Al-Quran JBP.
    Haji Mohd Serudin hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran bagi Mualaf Seluruh Negara yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), kelmarin.
    Majlis khatam di Masjid Kampung Sungai Bunga Tanjung Kindana juga menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf.

    Sementara itu, seramai 50 orang mualaf dari keempat-empat daerah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran bagi Mualaf Seluruh Negara yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis anjuran Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama unit dakwah daerah-daerah itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang. Turut hadir ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis berkenaan merupakan acara kemuncak bagi program bertadarus bersama mualaf di kawasan pedalaman yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadan di pos-pos dakwah, balai-balai ibadat dan rumah-rumah kegiatan dakwah di keempat-empat daerah.

    Turut mengadakan majlis khatam sebagai penutup tadarus ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat JBP, Landasan Lama Berakas, kelmarin.

    Majlis juga diselajurkan dengan meraikan dua saudara baharu anggota JBP iaitu Ahli Bomba 1221 Lim Chee Kang yang kini dikenali sebagai Muhammad AR-Raayaan Lim bin Abdullah Lim dari Cawangan Operasi C, Balai Bomba Berakas, manakala Ahli Bomba 1325 Robbieedieo bin Rokieno dari Cawangan Operasi B, Balai Bomba Kuala Belait masih mengekalkan nama asal beliau sebagai nama Islamnya.

    Hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarah Teknikal JBP, Awang Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi dan Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan.

    Masjid Kampung Sungai Bunga, Tanjung Kindana juga mengimarahkan hari-hari terakhir bulan suci Ramadan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh seramai 40 orang ahli jawatankuasa takmir dan belia masjid berkenaan, baru-baru ini.

    Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf daripada Pengiran Haji Kamarudzaman bin Pengiran Haji Mohd Ishak kepada Awang Abdul Wafi bin Ismail selaku wakil dan bilal masjid tersebut.

    Manakala itu, masyarakat mualaf Mukim Amo juga tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan dengan majlis khatam di Balai Ibadat Kampung Sibut Mukim Amo, baru-baru ini, yang disertai 15 orang peserta.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Ketua Kampung Sibut, Haji Suhaili bin Haji Badas dan Ketua Bahagian Dakwah Daerah Temburong, Awang Hazimin bin Metali.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...