Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai 64 pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai 64 pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong (SUAJ), yang berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang berlangsung di Auditorium, Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) itu ialah Setiausaha Tetap (Protokol, Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd Taib yang juga memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam dan disusuli dengan Doa Khatam yang dibacakan oleh Awang Muhammad Mateen bin Awang Ibno.

    Kemudian, tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada para peserta khatam sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Norimy bin Haji Ahad.

    Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan SUAJ dalam usaha melahirkan generasi yang celik Al-Quran dan menjadikan pembacaan kitab suci berkenaan sebagai amalan dalam penghayatan beragama.

    Tetamu kehormat memimpin bacaan Surah Al-Fatihah pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HJ YAHYA
    Gambar ramai pelajar yang diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong, kelmarin. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...