Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AS$500 juta hapus sisa marin, bangunkan ekonomi biru

    JAKARTA, 24 MEI – Bank Pembangunan Asia (ADB) telah meluluskan pinjaman besar sebanyak AS$500 juta untuk menyokong usaha Indonesia dalam menangani sisa plastik marin dan mempromosikan pembangunan ekonomi biru.

    Bank tersebut dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa pinjaman itu akan membantu Pelan Tindakan Nasional Indonesia untuk Menangani Sisa Marin, yang bertujuan mengurangkan aliran sisa plastik ke laut sebanyak 70 peratus menjelang 2025.

    Pinjaman itu akan memberi tumpuan utama kepada peningkatan pengurusan sisa, mengurangkan pengeluaran dan penggunaan plastik dan memperkukuh alat pembentukan dasar.

    “Kawasan pesisir pantai Indonesia, yang mempunyai 70 peratus penduduk negara ini, adalah penting untuk pelancongan marin dan perikanan, yang menyumbang dengan ketara kepada ekonomi.

    “Namun, pencemaran plastik yang meluas menimbulkan ancaman serius kepada ekosistem marin, menyebabkan kerosakan tahunan sebanyak AS$450 juta dan menjejaskan pendapatan pelancongan sebanyak AS$3 bilion,” kata bank berkenaan.

    Program pengurangan sisa marin ADB menyasarkan tiga bidang utama: menangani pengurusan sisa hiliran, melaksanakan intervensi huluan untuk mengurangkan pengeluaran sisa plastik dan menyokong elemen kritikal yang diperlukan untuk kejayaan pembaharuan keseluruhan.

    Program itu sedang dibangunkan di bawah Hab Kewangan Asia Tenggara Biru ADB, menandakan program sisa marin pertama yang disokong oleh ADB. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...