Friday, October 25, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam rai ulang tahun penubuhan masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Sempena ulang tahun ke-10 Tahun Penubuhan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit , Kampong Manggis Madang, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di masjid berkenaan pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat diikuti dengan bacaan juzuk 30 beramai-ramai bersama 79 orang qari dan 79 qariah yang terdiri daripada pelajar kelas mengaji di masjid berkenaan berserta jemaah masjid.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim yang dipimpin oleh Hajah Samainah binti Haji Osman, Dikir Marhaban yang diketuai oleh Haji Kadir bin Kurus dan bacaan Doa Khatam oleh Haji Md Noor bin Haji Ibrahim.

    Manakala Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani.

    Turut hadir ke majlis berkenaan ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan; setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta penasihat-penasihat dan ahli-ahli Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit.

    Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan.

      Antara yang hadir ke majlis khatam berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda