Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam raikan 86 pelatih rekrut polis

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Seramai 86 pelatih rekrut lelaki dan wanita skuad 1/2023 Pasukan Polis Diraja Brunei telah diraikan dalam satu majlis Khatam Al-Quran sebagai satu program sebelum perbarisan tamat latihan yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Ibu Pejabat Polis Gadong baru-baru ini.

    Majlis Khatam yang diungkayahkan oleh Pusat Latihan Polis (PLP) diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia SAC, Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah Bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dan isteri.

    Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah dan isteri hadir sebagai tetamu kehormat ke majlis berkenaan.

    Turut hadir adalah pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta ahli keluarga para pelatih rekrut yang diraikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan doa Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Rekrut 7120 Mohd Nadzri bin Haji Abdul Mutalib.\

    Antara yang hadir ke majlis berkenaan.

    Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran diketuai oleh Rekrut 7127 Mohd Noorzikry bin Norariffin dan bacaan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Rekrut 7107 Muhammad Faiz Saifullah Bin Rosli serta diselajurkan dengan acara merenjis minyak wangi oleh tetamu kehormat seterusnya diikuti oleh jemputan-jemputan yang hadir.

    Para Pelatih Polis Konstabel Lelaki Skuad 1/2023 juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat dan isteri.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Rekrut 7121 Muhammad Akmal Hakim bin Haji Suut.

    Pelatih-pelatih Rekrut Skuad 1/2023 ini akan menamatkan latihan kepolisan dengan Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang akan diadakan pada 13 Februari nanti bertempat di Padang Kawad Besar PLP.

     Semua atas : Antara suasana semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda