Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis korban semarak aidiladha

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Kementerian Kesihatan mengadakan majlis ibadah korban dan aqiqah dengan pengagihan daging-daging korban berkenaan berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Majlis berkenaan merupakan anjuran bersama Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Promosi Kesihatan dan Bahagian Pengurusan Estet dan Kemajuan Projek, Kementerian Kesihatan.

    Hadir untuk menyempurnakan pengagihan daging-daging korban berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan isteri, Datin Dr Hajah Noraslinah binti Haji Ramlee.

    Pada tahun ini, lima ekor sapi dikorbankan dan diagih-agihkan kepada seramai 120 orang yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan dalam Bahagian V termasuk pekerja gaji hari.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengagihkan daging korban kepada penerima semasa majlis yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    Datin Dr Hajah Noraslinah menyerahkan daging korban kepada penerima.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda