Tuesday, April 29, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis makan malam tahunan Kumpulan Syarikat Malar Setia meriah

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Setelah membatalkan majlis makan malam kakitangan tahunan pada tahun lalu disebabkan wabak COVID-19, Kumpulan Syarikat-syarikat Malar Setia telah mengadakan majlis makan malam dalam suasana meriah di Hotel Centrepoint pada 27 Februari.

    Dengan kakitangan memakai pakaian merah, majlis itu juga diselajurkan dengan Sambutan Tahun Baharu Cina.

    Antara yang hadir ialah Pengarah Urusan, Lim Chin Lam dan Rakan Kongsi Pengurusan, Haji Abdul Rahman bin Haji Metassim.

    Selepas bacaan Surah Al-Fatihah dan doa, Haji Abdul Rahman menyampaikan ucapan penghargaan bagi pihak pengurusan atas prestasi cemerlang kakitangan dan menyeru semua untuk terus komited dan bekerja keras.

    Majlis malam itu turut menyaksikan penyampaian anugerah khidmat kerja lama daripada kumpulan syarikat-syarikat iaitu Syarikat Perniagaan Malar Setia, Malar Setia Sdn Bhd, Malar Setia Marketing, M.S. Makmur Trading Co, Syarikat Perniagaan Muneera, M.S. Titanstar Enterprise, Shafima Trading Co dan Wellmart Store.

    Bagi memeriahkan lagi majlis, beberapa orang kakitangan menunjukkan bakat nyanyian mereka dalam Pertandingan Karaoke di samping sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.

    Pengarah urusan Syarikat Perniagaan Malar Setia bergambar ramai bersama sebahagian kakitangan kumpulan syarikat semasa majlis makan malam tahunan berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda