Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penghargaan untuk pelajar cemerlang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seramai 328 pelajar cemerlang bagi 2019 dan 2020 telah diraikan pada majlis penghargaan yang diadakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong, hari ini.

    Para pelajar yang diraikan itu adalah mereka yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB); BC-GCE ‘A’ Level; Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB); BC-GCE ‘O’ Level; Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah VI) (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Sementara itu, pada sebelah petang majlis penghargaan untuk guru-guru cemerlang KHEU juga diadakan di mana seramai 317 orang guru yang menunjukkan pencapaian membanggakan berdasarkan penilaian ke atas pencapaian pelajaran dalam peperiksaan awam.

    Penyampaian sijil penghargaan di-sempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

    Antara pelajar cemerlang yang diraikan pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda