Sunday, June 30, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Majlis pengundian Penghulu Mukim Serasa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Penduduk kampung di Mukim Serasa mula mengundi untuk memilih calon penghulu baharu dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Serasa yang berlangsung di Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin, Muara, hari ini.

    Calon tunggal, Awang Saiful Adli bin Ali Hassan, 40, telah bermastautin di Kampung Kapok, Mukim Serasa sejak 1987, dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah) dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada tahun 2017.

    Beliau ketika ini berkhidmat sebagai Pengurus Kelab Perkhidmatan Awam di Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

    Penduduk kampung Mukim Serasa yang berumur 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan untuk mengundi bagi pemilian calon Penghulu Mukim Serasa sama ada secara aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan kertas undi sehingga Ahad, 23 Jun 2024.

    Salah seorang penduduk kampung di Mukim Serasa memasukkan kertas undi dalam petak yang disediakan di majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...