Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Majlis rai 38 pelajar

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 1 DIS – Bagi menandakan penghujung tahun akademik 2023 sekali gus menghargai perjuangan golongan murid dan guru, Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai, Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Akademik 2023 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Seramai 21 orang murid Pra dan 17 orang murid Tahun 6 telah diraikan pada majlis tersebut yang antaranya bermatlamat untuk memberikan penghargaan dan menaikkan semangat mereka agar terus berjuang untuk meraih kecemerlangan pada masa akan datang.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil graduasi bagi Pra dan Tahun 6 ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang dialu-alukan oleh Guru Besar, Dayang Nurkara’en binti Haji Tuneh.

    Yang Berhormat Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, majlis tahunan sebegini pastinya amat dinanti-nantikan dalam kalangan pelajar dan guru mahu pun ibu bapa atau penjaga untuk sama-sama menyaksikan pencapaian akhir dalam sama-sama berusaha meningkatkan prestasi pada peringkat seterusnya.

    “Acara sebegini juga menjadi kenangan terindah khususnya bagi murid-murid yang menamatkan pembelajaran mereka di peringkat rendah, di samping mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan bertukar-tukar pandangan antara ibu bapa atau penjaga bersama guru-guru demi kebaikan bersama,” ujarnya.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bergambar bersama salah seorang murid yang diraikan pada majlis yang diadakan baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN
    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bergambar ramai dengan pelajar pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...