Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taklimat suntik semangat patriotisme

    TUTONG/BELAIT, 1 DIS – Sebagai usaha menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri terus melaksanakan Taklimat Kenegaraan, baru-baru ini.
     
    Di Daerah Belait, Cawangan Penerangan Daerah Belait telah mengadakan program Taklimat Kenegaraan bagi Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB).
     
    Seramai 71 orang penuntut Pra ‘U 1 menghadiri taklimat yang diadakan di bilik kuliah sekolah berkenaan. Turut hadir ialah Pemangku Pengetua PTEB, Lee Siew Peng, pemangku timbalan pengetua dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.  
     
    Pada program itu, taklimat bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Belait, Awang Musa bin Mohidin yang menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan negara. 
     
    Sementara itu, di Daerah Tutong, Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan bagi penuntut-penuntut Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman.
     
    Turut hadir Timbalan Pengetua Pentadbiran,  Dayang Rosmayati binti Haji Adanan serta para tenaga pengajar sekolah tersebut.   
     
    Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Isa bin Haji Abdul Rahman yang menyentuh mengenai tatacara menaik-kibar bendera negara.
     
    Para penuntut seterusnya berpeluang menyaksikan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara
     
    Awang Musa menyampaikan taklimat kepada pelajar PTEB. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara pelajar Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman hadir pada Taklimat Kenegaraan yang diadakan di sekolah tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...