Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Majlis rai 43 peserta kursus

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 43 orang pegawai berjaya menamatkan Kursus Staf Pertengahan (ISC 23/2023) serta diraikan pada majlis penutup yang berlangsung di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), hari ini.

    Kursus itu telah dihadiri oleh 38 orang pegawai ABDB, seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan empat orang pegawai tentera antarabangsa dari Kemboja, Republik Indonesia, Malaysia serta Republik Singapura.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian sijil serta anugerah kepada para peserta kursus yang diraikan ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Beliau turut menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah kepada peserta-peserta terbaik kursus di mana Anugerah Overall Best Student dan Anugerah Best Commander RBAF’s Paper ialah ME4-2 Shawn Chan Jian Xun dari Angkatan Bersenjata Singapura manakala 1374 Kapten Nurbazilah binti Haji Jamaludin dari Pejabat Perundangan Tentera ABDB memenangi Anugerah Best Service Paper.

    Kursus ISC selama 14 minggu itu bermatlamat mempersiapkan pegawai-pegawai peringkat pengurusan pertengahan untuk menjadi pegawai-pegawai staf yang kredibel dan kompeten di persekitaran unit masing-masing dan perkhidmatan bersama.

    Selain itu, kursus berkenaan turut diolah bagi mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, pengurusan, profesionalisme serta kerja berpasukan.

    Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan PPDB, Yang Amat Mulia Penolong Kanan Pesuruhajaya Polis Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pemangku pemerintah angkatan tentera, pemangku pemerintah markas angkatan bersama ABDB, pengarah-pengarah tentera, pengarah operasi dari PPDB, atase-atase dan penasihat-penasihat pertahanan di Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai ABDB.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menyampaikan Anugerah Overall Best Student kepada ME4-2 Shawn Chan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi serta jemputan khas bergambar ramai dengan peserta kursus yang diraikan pada majlis yang berlangsung di AP ABDB, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...