Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis rai keunikan bahasa Hindi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini telah meraikan World Hindi Diwas ke-12 di India House, kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri.

    Hampir 150 orang terdiri daripada masyarakat tempatan dan luar negara termasuklah golongan kanak-kanak dan guru-guru hadir memeriahkan majlis tersebut.

    Semasa majlis itu, TYT Alok Amitabh Dimri membacakan perutusan daripada Perdana Menteri India, TYT Narendra Modi.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Yang Terutama menggalakkan para tetamu yang hadir dan pelajar sekolah untuk bersama mempelajari keunikan bahasa Hindi.

    Beliau juga menyentuh usaha ke arah menyebarkan kesedaran tentang Hindi di peringkat global dan berkongsi sorotan daripada World Hindi Conference di Fiji; dan International Year of Millets-2023 dan faedah kesihatannya.

    Majlis turut diserikan dengan aktiviti kuiz berkisar perkataan Hindi dan Melayu yang lazim, persamaan dalam kedua-dua bahasa, dan persembahan kebudayaan daripada golongan pelajar sebagai acara-acara utama termasuklah sesi penyampaian hadiah penghargaan.

    Gambar ramai TYT Alok Amitabh Dimri bersama warga India semasa meraikan World Hindi Diwas ke-12 di India House, kediaman rasmi Tuan Yang Terutama baru-baru ini. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...