Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Majlis Selawat sempena Sambutan Nuzul Al-Quran

Oleh Ak Zaki Kasharan, Adib Noor & Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Majlis Selawat Senegara, Selawat Tafrijiyyah yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan Mufti Kerajaan telah diadakan secara serentak di masjid-masjid utama di keempat-empat daerah, hari ini.

Bagi Daerah Tutong, majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah di mana hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

Di Daerah Belait, majlis diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Tenaga, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku tetamu kehormat.

Manakala itu, di Daerah Temburong, majlis berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Acara telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Zuhur dan Sunat Hajat berjemaah, kemudian diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Doa Khas.

Dato Seri Paduka Haji Matsatejo semasa menghadiri majlis selawat yang berlangsung di Masjid Mohammad Jamalul Alam.
Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bersama tetamu lain semasa menghadiri majlis selawat di Masjid Hassanal Bolkiah, Daerah Tutong.
Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bersama tetamu lain semasa menyertai majlis selawat di Masjid Utama Mohammad Salleh, Daerah Temburong.
Antara yang mengikuti Majlis Selawat Senegara, Selawat Tafrijiyyah pada majlis yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar oleh Infofoto

Penganjuran majlis itu adalah salah satu usaha berterusan yang dilaksanakan ke arah mengamalkan ‘vaksin ketuhanan’ sepertimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, juga merupakan salah satu ibadah paling mulia, amalan mendekatkan diri kepada Allah yang paling agung dan cara paling cepat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT kerana berselawat merupakan satu ibadah yang disyariatkan dan diperintahkan oleh Allah SWT kepada orang-orang beriman iaitu mengucapkan selawat dan memberikan salam ke atas Nabi Muhammad SAW menurut dalil Al-Quran dan hadis-hadis.

Selawat Tafrijiyyah yang dipilih khusus bagi majlis itu adalah berdasarkan kepada kelebihan yang terdapat pada selawat itu sendiri di mana At-Tafrijiyyah membawa maksud ‘terbuka sehingga menjadi lapang’ atau ‘penyelesai masalah’.

Selain itu, Selawat Tafrijiyyah merupakan salah satu daripada selawat yang dibaca sebagai doa serta tawassul dalam beribadah. Ia sering dibaca dan diamalkan bagi memohon agar dipermudahkan segala urusan, dihindari dari segala kesempitan, memohon agar diberikan husnul khatimah dan dimakbulkan hajat.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -