Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Majlis tadarus semarakkan bulan Ramadan

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 7 APRIL – Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan dalam menyemarakkan bulan suci Ramadan dengan Majlis Bertadarus Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim yang berlangsung di Surau As-Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar yang sekali gus memimpin bacaan Surah Al-Fatihah sebelum memulai bacaan Al-Quran bagi juzuk pertama Surah Al-Baqarah secara bergilir-gilir.

Acara turut diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian derma kepada lapan orang anak yatim daripada kalangan warga kakitangan Hospital PMMPMHAMB yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Majlis sedemikian merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir di keempat-empat daerah di negara ini dalam sama-sama menikmati ibadah puasa di bulan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara warga kementerian dengan semua kakitangan hospital yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital PMMPMHAMB, Hajah Siti Hasrainah binti Haji Mohd Hassan; Pentadbir Kanan, Hospital PMMPMHAMB, Awang Abdul Afiq bin Ahmad Mahmud, pegawai-pegawai dan para kakitangan Kementerian Kesihatan dan Hospital PMMPMHAMB.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham memimpin bacaan Surah Al-Fatihah pada majlis berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -