Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Sempena Nuzul Al-Quran, Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Tadarus dan Ceramah yang diadakan di Surau Polis, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah disusuli dengan majlis tadarus.
Seterusnya sembahyang fardu Zuhur berjemaah dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Hambali bin Haji Jaili.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, para pengarah dan timbalan pengarah, pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, para pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan semua anggota PPDB dan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam bersempena bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.



