Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil semarak Ramadan

    Oleh Ak Zaki Kasharan, Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani & Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Sebagai salah satu acara keagamaan tahunan sempena bulan Ramadan, beberapa kementerian dan syarikat telah mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Majlis bertahlil tersebut adalah khusus buat ayahanda dan bonda serta anak-anda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Bagi majlis yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), rombongan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Majlis didahului dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit@Hamid dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

    Manakala itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di bawahnya juga mengadakan majlis serupa yang dihadiri oleh Pemangku Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menyertai rombongan Kementerian Pertahanan dan ABDB di Kubah Makam Diraja.
    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bersama warga MOFE bertahlil di Kubah Makam Diraja.
    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bersama warga BIBD pada Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja.
    Para pegawai dan kakitangan wanita MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya semasa mendengar ceramah khas bulan Ramadan di Dewan Teater, MOFE.

    Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, warga MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 4, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Mohd Hafizuddin bin Pengiran Haji Abu Bakar.

    Pada masa yang sama, para pegawai dan kakitangan wanita MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya termasuk Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengadakan majlis ceramah khas sempena bulan Ramadan di Dewan Teater, Bangunan MOFE.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin dan pegawai serta kakitangan wanita yang beragama Islam.

    Tahun ini, majlis itu telah diselenggarakan oleh Bahagian Pelaburan, MOFE.

    Sementara itu, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan kumpulan syarikatnya turut mengadakan majlis serupa yang dimulakan dengan bacaan Surah Yasin diikuti tahlil dan doa yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Haji Hamdini bin Haji Gharif.

    Hadir pada majlis itu ialah Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof selaku Timbalan Pengerusi Syarikat Takaful Brunei Darussalam (Takaful Brunei) dan Pemangku Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani selaku ahli Lembaga Pengarah BIBD.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah BIBD dan Takaful Brunei.

    Juga hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri serta pengarah urusan dari BIBD At-Tamwil dan Takaful Brunei bersama-sama pihak pengurusan dan kakitangan dari BIBD, BIBD At-Tamwil dan Takaful Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda