Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Makan malam sempena Hari Kebangsaan, Pembebasan Kuwait

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kedutaan Besar Kuwait di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan Majlis Resepsi Makan Malam bagi memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait ke-62 dan Sambutan Hari Pembebasan Kuwait ke-32.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Jerudong itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Ketibaan Yang Berhormat Dato ke majlis itu dialu-alukan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Al-Mutairi.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara diikuti dengan bertafakur seketika bagi mengenang mangsa korban akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria, baru-baru ini.

    Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek ulang tahun oleh Yang Berhormat Dato dan Tuan Yang Terutama bersama duta-duta besar Oman, Qatar dan Arab Saudi ke negara ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersama TYT Salah Al-Mutairi semasa hadir pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...