Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Makanan di Gaza tak mencukupi – Agensi PBB

    ISTANBUL, 19 FEB – Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) kelmarin memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.

    Menerusi kenyataan di X, UNRWA berkata terdapat kekurangan makanan di Gaza, lapor agensi Anadolu.

    “Di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, UNRWA dan World Central Kitchen menyediakan makanan panas kepada 1,700 penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan sekitar pusat perlindungan ini,” kata agensi itu.

    Israel telah mengumumkan hasratnya untuk menyerang Rafah di selatan Gaza yang padat dengan penduduk selepas mengusir orang awam dari utara wilayah terkepung itu ke selatan dengan mendakwa ia sebagai ‘kawasan selamat’.

    Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas mengakibatkan hampir 29,000 penduduk Palestin terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barangan keperluan.

    Israel dituduh melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv antara lain menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – Bernama

    Rakyat Palestin beratur untuk makan percuma di Rafah, Semenanjung Gaza pada 16 Februari. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Hutan walnut semula jadi terbesar dunia berdepan ancaman kepupusan

    ARSLANBAP, KYRGYZSTAN - Mengharungi daun keemasan yang gugur, penduduk...

    Lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin

    ISTANBUL, 20 NOV – Lebih seminggu selepas kempen imunisasi...

    Lebih 100,000 cedera masih berada di Gaza

    MOSCOW, 19 NOV – Lebih 100,000 orang yang cedera...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...