Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan Melayu berasaskan vegetarian cuba diketengahkan

    GEORGE TOWN – Rakyat Malaysia sudah biasa dengan hidangan vegetarian Cina dan India namun belum ada makanan Melayu yang berasaskan vegetarian dan inilah yang cuba diketengahkan oleh sebuah persatuan menerusi satu pesta makanan di sini.

    Naib Presiden Persatuan Vegetarian Malaysia MH Pisu berkata terdapat banyak permintaan terhadap makanan Melayu di kalangan rakyat Malaysia serta pelancong asing.

    “Kita mempunyai makanan mesra vegan yang terdiri daripada makanan Cina, India serta gabungan makanan budaya lain yang sesuai untuk vegetarian, tetapi makanan Melayu yang mesra vegan merupakan konsep yang masih baharu,” katanya pada Pesta Kebajikan Hari Tanpa Daging 2019 baru-baru ini.

    Beliau berkata mempromosikan makanan Melayu yang mesra vegan mampu menarik pelancong asing datang ke Malaysia

    “Sekiranya hanya satu peratus daripada lapan juta vegetarian yang ada di seluruh dunia melawat Pulau Pinang sebagai syurga makanan ia amat mengagumkan,” katanya.

    Sebanyak 40 gerai yang menjual pelbagai makanan vegetarian mengambil bahagian dalam pesta itu yang diadakan di Esplanade.

    Ini termasuk sebuah gerai yang menyediakan makanan vegetarian Melayu termausk nasi lemak, roti jala tanpa telur bersama kari kentang, kuih lopes dan karipap.

    Pemilik gerai Faisal Mansor berkata ini merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian dan konsep makanan vegetarian Melayu merupakan sesuatu di luar kebiasaan.

    Faisal berkata keluarganya menjalankan perkhidmatan katering masakan rumah dan idea menguji makanan Melayu berkonsepkan vegetarian adalah bagi menembusi potensi pasaran golongan vegetarian termausk rasyat asing. – Bernama

    Idea menguji makanan Melayu berkonsepkan vegetarian adalah bagi menembusi potensi pasaran golongan vegetarian termasuk rakyat asing. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda