Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Makhachev pertahankan gelaran lightweight UFC

    PERTH, 12 FEB – Islam Makhachev berjaya menepiskan cabaran daripada Alexander Volkanovski untuk mengukuhkan keulungannya dalam divisyen lightweight UFC dalam pertarungan sengit di Perth, Australia Barat, hari ini.

    Dalam acara utama UFC 284, Makhachev mempertahankan tali pinggang kejuaraannya seberat 155 paun dengan keputusan sebulat suara (48-47, 48-47, 49-46) untuk menang dalam lima pusingan.

    Petinju berusia 31 tahun itu juga merangkul gelaran tinju pound-for-pound terbaik daripada juara featherweight Australia, Volkanovski, yang menamatkan 22 kemenangannya.

    “Orang ramai akan memanggil saya bukan sahaja sebagai juara, tetapi juga petinju terbaik di dunia. Saya sangat gembira,” kata petinju Rusia itu yang diejek sepanjang pertarungan oleh 13,000 penonton di Arena RAC.

    Makhachev, dengan rekod 24 kemenangan dan satu kalah, terpaksa menangkis cabaran hebat dari Volkanovski yang berusia 34 tahun tetapi kehandalannya terbukti cukup hebat. – AP

    Islam Makhachev (kanan) melakukan tumbukan terhadap Alex Volkanovski dari Australia semasa pertarungan gelaran lightweight mereka dalam acara utama UFC 284 di Arena RAC di Perth, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...