Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Separuh jalan di kawasan jalan susur dari atau ke jejambat Berakas akan ditutup sementara bermula esok hingga 24 Disember.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa penutupan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak.

    Sehubungan itu, JKR dalam kenyataannya yang diterima, hari ini, menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan tersebut.

    Peta menunjukkan kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara separuh jalan di kawasan jalan susur dari atau ke jejambat Berakas. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda