Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan orang ramai mengenai penutupan jalan di Jalan Binglu Barat, RPN Tanah Jambu pada 24 Februari 2023 hingga 24 Februari 2025.

    Penutupan jalan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja pembinaan perumahan teres di Jalan Binglu Barat.

    Dalam pada itu, JKR turut memaklumkan penutupan sementara separuh jalan menuju One Billionth Barrel Monument (F17/F18), Mukim Seria bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jambatan di jalan berkenaan.

    Penutupan sementara separuh jalan berkenaan akan bermula pada 25 Februari sehingga kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

    ehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati dan menggunakan jalan alternatif.

    Penutupan jalan di Jalan Binglu Barat, RPN Tanah Jambu.
    Penutupan sementara separuh jalan menuju One Billionth Barrel Monument (F17/F18).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...