Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 telur ayam jadi perhatian Dewan Rakyat

    KUALA LUMPUR, 22 FEB – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menarik perhatian sidang Dewan Rakyat hari ini apabila membawa bersamanya tiga butir telur ayam. 

    Beliau yang sering membangkitkan krisis bekalan telur di pasaran tampil membawa sebutir telur import dari India, sebutir telur ayam tempatan dan sebutir telur Omega bagi membuat perbandingan saiz dan harganya. 

    “Dalam konteks ini, saya bawa telur dari India, saya beli 50 sen. Ini adalah telur Malaysia (menunjukkan telur tempatan) yang harganya dikawal, 45 sen ini. Kita dapat lihat beza saiznya. Kita dapat lihat telur dari India ini berharga 50 sen, lebih kecil dari telur dari Malaysia. Ini kekurangannya.

    “Kalau kata telur Omega ini, telur kampung, harganya 76 sen. Orang kaya, orang berada boleh beli tapi inilah puncanya (tunjuk telur Malaysia) nak bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana khususnya orang Melayu untuk buat kuih,” katanya ketika mencelah penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. – Bernama

    Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia semasa sesi soal jawab kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...