Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Separuh jalan di Jalan Jambatan Sungai Tutong, Lebuh raya Tutong-Belait menghala Muara akan ditutup sementara bermula pada 8 hingga 9 Februari 2025 dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Jabatan Kerja Raya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan bahawa penutupan sementara adalah di sebabkan kerja-kerja pembaikan jalan menuju jambatan berkenaan.
Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.