BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Jabatan Buruh sedang melaksanakan inisiatif bagi pemakluman status permohonan yang dihadapkan ke jabatan tersebut melalui WhatsApp atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mulai 31 Julai ini.
Jabatan Buruh dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, sukacita memaklumkan agar semua pemilik syarikat dan pemohon yang berkenaan, mendaftarkan nombor telefon bimbit betul dan terkini yang boleh menerima makluman dari jabatan itu.
Jabatan juga berharap nombor telefon bimbit yang diberikan adalah kepunyaan pemilik syarikat atau pengurus sumber manusia yang bertanggungjawab dan berurusan dengan jabatan tersebut.
Jabatan Buruh berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan inisiatif tersebut.