Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Makmal dadah sintetik terbesar diserbu

    BANDAR MEXICO, 16 FEB – Tentera Mexico merampas lebih setengah juta pil fentanyl dalam satu serbuan yang diumumkan oleh tentera semalam sebagai makmal dadah sintetik terbesar yang ditemui setakat ini.

    Tentera berkata makmal itu ditemui di Culiacan, ibu negeri Sinaloa, tempat terletaknya kartel dadah dengan nama yang sama.

    Tentera menyerbu makmal pada Selasa dan menemui hampir 630,000 pil yang mengandungi opioid fentanyl sintetik.

    Mereka juga melaporkan merampas 128 kilogram serbuk fentanyl dan kira-kira 100 kilogram methamphetamine.

    “Ia adalah makmal penghasilan dadah sintetik terbesar yang dilapor setakat ini,” kata tentera dalam satu kenyataan.

    Kartel dadah Mexico menghasilkan opioid daripada bahan yang dihantar dari China, dan seterusnya memprosesnya menjadi pil tiruan yang kelihatan seperti Xanax, Percocet atau Oxycodone.

    Orang sering mengambil pil tersebut tanpa mengetahui ia mengandungi fentanyl dan boleh mengalami dos berlebihan yang membawa maut.

    Rampasan diadakan pada hari yang sama Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS mengadakan mesyuarat mengenai jumlah dos berlebihan fentanyl berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat, mencecah 70,000 buat sama sekarang.

    Pengerusi jawatankuasa, Senator Bob Menendez, Demokrat dari New Jersey, menggesa Mexico supaya melakukan lebih untuk menghalang pertubuhan jenayah daripada menghasilkan dan menyeludup fentanyl, walaupun badan kehakiman dan insiden anggota keselamatan Mexico berpakat dengan kartel dadah akan menyukarkan
    operasi. – AP

    Gambar fail menunjukkan fentanyl dan meth yang dirampas pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS di Pelabuhan Nogales, Arizona. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...