Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malam Munajat fokus Surah Yasin

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Surah Yasin menjadi fokus tazkirah Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pada minggu ini yang berlangsung secara dalam talian, malam tadi.

    Tazkirah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awang Mohammad Fikri bin Haji Sharbini yang menekankan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah benar-benar seorang rasul yang mendapat wahyu teragung daripada Allah SWT iaitu Al-Quran.

    Baginda Rasulullah SAW bertanggungjawab untuk menyampaikan pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat manusia.

    “Kemudian Allah SWT menceritakan keadaan orang-orang yang degil dan enggan beriman, yang mana kesombongan dan kedegilan mereka itulah yang menghalang mereka untuk tunduk mematuhi kebenaran dan mengikuti jalan yang benar. Oleh itu, apa pun peringatan yang disampaikan kepada mereka, ia sedikit pun tidak memberi kesan di dalam hati mereka,” tambah beliau.

    Turut hadir pada program berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Acara turut mengundang tetamu khas Pengasas Al-Huffaz Management, Haji Mohd Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Setia Ali, Pekan Muara.

    Mengimarahkan lagi acara tersebut ialah tenaga pengajar Al-Huffaz Management, belia-belia, ahli-ahli jawatankuasa takmir dan jemaah serta Belia Masjid Setia Ali serta masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh Negara di samping warga kerja KHEU dan jabatan-jabatan serta institusi pendidikan di bawahnya bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyertai program Malam Munajat secara dalam talian. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...