Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malam Munajat hayati Israk Mikraj

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj bagi mencontohi perkara-perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

    Selain itu, peristiwa Israk dan Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran yang seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut kepada kekuasaanNya.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Pembantu Kanan Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Muhammad Syamim Farhan bin Haji Sufri semasa Malam Munajat anjuran Kementerian

    Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang berlangsung kelmarin secara maya dan fizikal yang diisi dengan tazkirah bertajuk ‘Israk dan Mikraj’ bersempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj.

    “Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar, kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa menyertai Malam Munajat yang dianjurkan secara fizikal dan maya, baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU

    “Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT,” jelasnya.

    Turut diundang sebagai tetamu khas ialah Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Hazri bin Haji Kifle, yang memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Universiti, UBD.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut; tenaga akademik dan mahasiswa-mahasiswa serta ahli-ahli Kelab Dikir Nasyid dan Tausyeh dari UBD.

    Acara turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada 99 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, serta warga KHEU dan ahli keluarga dari kediaman masing-masing.

    Selepas itu, bacaan Surah Yasin beramai-ramai telah dipimpin oleh mahasiswa Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), UBD, Awang Muhammad Izzuddin bin Haji Nor Hisham, dari Masjid Universiti, UBD.

    Ia diikuti dengan Doa Munajat yang dibacakan oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar.

    Seterusnya, bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh mahasiswa Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), UBD, Awang Mohammad Muinuddin bin Bahrin, bersama Kelab Dikir Nasyid dan Tausyeh UBD dari Masjid Universiti, UBD.

    Sementara itu, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Khairul Nizam bin Haji Mohd Said, dari Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...