Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Malam Munajat memperingati Allah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Malam Munajat baru-baru ini dihadiri oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Penaung Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

    Turut diundang ialah penasihat bersama masjid berkenaan, Dato Paduka Haji Saifon bin Haji Awang Besar yang memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan surah Al-Fatihah. Ia juga dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan dan para jemaah dari beberapa buah masjid di seluruh negara.

    Ini termasuk dari Masjid Kampung Pelambayan, tenaga akademik dan mahasiswa-mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Kumpulan Belia Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Mukim Kilanas, serta warga kerja Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

    Ia diikuti dengan bacaan surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh mahasiswa KUPU SB, Awang Muhammad Aqil Arfan bin Arjune dari surau institut berkenaan.

    Kemudian, Doa Munajat pula dibacakan oleh Pegawai Pelajaran, Sekolah Arab Temburong, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Haji Muhammad Asri bin Haji Timbang.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan semasa menghadiri majlis itu secara maya. – Gambar serahan KHEU

    Sementara itu, bacaan Asma’ul Husna dipimpin oleh kumpulan belia dari Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Kilanas.

    Seterusnya, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Rozisham bin Haji Chuchu dari Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas, Kampung Kilanas.

    Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Norma Baharu di Fasa Endemik’ disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), KHEU, Haji Hazimin bin Haji Metali dari Masjid Kampung Pelambayan.

    Dalam tazkirah, beliau antara lain menggariskan untuk sentiasa mengingati Allah SWT sama ada dalam kesusahan atau kesedihan dan pada masa senang, dan jangan hanya mengingat Allah semasa dalam penderitaan.

    “Semasa pandemik yang lalu, kita sentiasa memohon pertolongan kepada Allah SWT agar penyakit berjangkit COVID-19 berakhir.

    “Tetapi setelah kita sekarang berada di fasa endemik, amalan-amalan yang banyak kita buat dulu sudah semakin berkurangan.

    “Apakah Allah SWT perlu memberi peringatan kepada kita sekali lagi sepertimana Dia telah mengingatkan kita pada bulan Mac 2020 iaitu gelombang pertama virus COVID-19, dan sekali lagi pada bulan Ogos 2021 iaitu gelombang kedua COVID-19?,” tekannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...