Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaria ragut 1,800 nyawa di Burundi

    NAIROBI, 6 OGOS – Malaria telah membunuh lebih 1,800 orang di Burundi tahun ini, kata agensi kemanusiaan PBB, jumlah kematian yang menyaingi wabak virus Ebola di negara jiran Republik Demokratik Congo.

    Dalam laporan situasi terkini itu, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata sebanyak 5.7 juta kes malaria telah dicatatkan di Burundi pada 2019 – jumlah yang kasarnya setara dengan separuh daripada keseluruhan penduduknya.

    Daripada kes-kes tersebut, sejumlah 1,801 maut akibat penyakit bawaan nyamuk di Burundi antara 1 Januari hingga 21 Julai, kata OCHA. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda