Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia akan terima 2.7 juta vaksin bivalen gantian vaksin hampir luput

    KUALA LUMPUR, 12 JUN – Malaysia akan menerima sebanyak 2.7 juta dos vaksin generasi baharu (bivalen) COVID-19 sebagai gantian stok vaksin hampir luput yang sedia ada dalam simpanan Kementerian Kesihatan (KKM).

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata  ia sekali gus dapat bagi mengelakkan pembaziran atau pembuangan vaksin yang luput. 

    “Walaupun kita mampu menukar kepada bivalen, (tetapi) seperti data yang diperolehi yang hanya 2.5 peratus penerima dos penggalak (kedua), kita mungkin akan mengalami perkara yang sama iaitu terpaksa memusnahkan vaksin yang luput,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 sebelum ia dipersetujui Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Sebelum ini, dilaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM masih dalam proses rundi-ngan dengan Pfizer Sdn Bhd mengenai vaksin bivalen COVID-19.

    Lukanisman berkata pembelian tambahan dan penerimaan sumbangan vaksin daripada negara luar telah menyumbang kepada lebihan stok vaksin berbanding perancangan asal Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda