Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malaysia hentikan subsidi diesel menyeluruh

    KUALA LUMPUR, 10 JUN – Malaysia akan menghentikan subsidi diesel menyeluruh bermula hari ini untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mengekang penyeludupan bahan api ke negara jiran, kata seorang pegawai kerajaan.

    Harga diesel di Malaysia adalah antara yang terendah di Asia Tenggara, dan penyeludup sering membeli bahan api bersubsidi untuk dijual semula pada harga lebih tinggi di negara jiran seperti Thailand.

    “Namun, mulai hari ini, harga diesel di semua stesen minyak di (Malaysia) akan ditetapkan pada RM3.35 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi,” kata Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah Azizan kepada pemberita, kelmarin.

    “Kami melakukan ini kerana penyeludupan (diesel bersubsidi) di sempadan kami sangat besar,” katanya.

    Harga baharu itu dijangka 55.8 peratus lebih tinggi berbanding kos bersubsidi dan dijangka menjimatkan kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun, menurut data Kementerian Kewangan.

    Harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter mulai 12 tengah malam Isnin. – Bernama

    Diesel untuk golongan berpendapatan rendah, termasuk nelayan dan petani, serta untuk kegunaan bas sekolah dan ambulans, akan terus disubsidi, tambah Amir Hamzah, sambil menegaskan bahawa rancangan baharu itu tidak akan menyebabkan ‘kenaikan harga yang mendadak’.

    Penganalisis Oh Ei Sun dari Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia memberitahu AFP bahawa ‘situasi kewangan pasti sangat mendesak bagi kerajaan untuk mengambil langkah yang tidak disukai ini’.

    Malaysia turut memberi subsidi kepada komoditi lain termasuk minyak masak dan beras, tetapi kenaikan harga telah meningkatkan perbelanjaan dan menjejaskan bajet kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...