Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Real Madrid tidak akan sertai Piala Dunia Kelab

    ROM, 10 JUN – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata dalam satu temu bual dengan akhbar Itali hari ini bahawa pasukan juara Eropah yang baru dinobatkan itu tidak akan bermain dalam Piala Dunia Kelab yang diperluaskan tahun depan.

    “Para pemain dan kelab tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu,” kata Ancelotti kepada akhbar Itali, Il Giornale.

    “Satu perlawanan Real Madrid bernilai 20 juta euro dan FIFA ingin memberikan jumlah itu kepada kami untuk keseluruhan Piala. Jadi tidak. Seperti kami, kelab-kelab lain akan menolak jemputan ini,” tambah jurulatih Itali tersebut.

    Piala Dunia Kelab yang diperluaskan dengan 32 pasukan dijadualkan berlangsung pada musim panas tahun depan, menambah kepada kalendar yang sudah pun padat bagi para pemain.

    Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England telah memberikan amaran kepada FIFA bahawa pemain mungkin akan mogok. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...