Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malaysia, Indonesia mulakan Eksesais Kekar Malindo

    TAWAU, 23 OKT – Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini yang dilaksanakan sekitar Tawau dan Kalabakan.

    Panglima Briged ke-13 Infantri Malay-sia Brig Jen Hashim Osman berkata eksesais bilateral selama sembilan hari itu dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan Malaysia dan Indonesia dalam latihan secara gabungan untuk konteks peperangan konvensional di fasa ofensif.

    “Selain meningkatkan persefahaman serta hubungan baik kerjasama, latihan bilateral seumpama akan dapat meningkatkan tahap kompetensi pegawai dan anggota dari segi taktik dan prosedur membabitkan aspek teknikal,” katanya berucap pada pembukaan Eksesais Kekar Malindo siri 46AB/2023 di Kem Kukusan di sini.

    Katanya konsep eksesais adalah latihan silang serta latihan medan, justeru pasukan pasukan bantuan tempur Formasi 5 Divisyen seperti armor, jurutera dan artileri medan selain elemen-elemen bantuan khidmat di bawah naungan Briged ke-13 Infantri Malaysia juga terlibat bagi merealisasikan keupayaan tempur semasa.

    Hashim berkata konsep learn and relearn perlu sentiasa diadaptasi serta diaplikasi dalam setiap latihan yang dilaksanakan, dan eksesais secara gabungan seumpama itu merupakan medium terbaik mengenal pasti kelemahan atur gerak meningkatkan kesefahaman taktikal kedua-dua negara.

    Sementara itu, Komandan Batalion Infantri 613 Raja Alam, Tarakan, Indonesia, Let Kol Danan Wisnubrata berkata eksesais itu mewujudkan hubungan bilateral yang dilandasi rasa saling percaya dan hormat selain meningkatkan ilmu ketenteran antara perajurit dua negara. – Berna

    Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia, Brig Jen Hashim Osman berucap pada Pembukaan Eksesais Kakar Malindo siri 46AB/2023 di Kem Kukusan Tawau, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...