Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malaysia komited guna pakai teknologi lebih bersih

    KUALA LUMPUR, 27 OKT – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyampaikan komitmen Malaysia untuk mengguna pakai teknologi yang lebih bersih dan cekap tenaga, semasa High-Level 15th Regional Environmentally Sustainable Transport (EST) Forum in Asia yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober.

    Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT), Loke juga melahirkan keyakinan bahawa usaha itu dapat dilakukan dengan meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam, melabur dalam infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan dan pencemaran serta menerapkan penyelesaian inovatif yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

    “MOT percaya menerusi usaha bersama dan kolaborasi daripada negara peserta dan rakan kongsi antarabangsa, Matlamat Deklarasi Aichi 2030 serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan harapan berkaitan pengangkutan dalam Perjanjian Paris boleh dicapai,” menurut kenyataan itu.

    Forum itu dianjurkan oleh MOT di sini dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Alam Sekitar Jepun, Bank Pembangunan Asia dan Pusat Pembangunan Serantau bagi Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)/Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB.

    Bertemakan Investing in Sustainable Transport: Catalyzing Economic and Social Development in the SDGs Era, forum tiga hari itu menumpukan kepada empat objektif termasuk manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi pelaksanaan Deklarasi Aichi 2030.

    Antara lain, pelan pelaksanaan Deklarasi Aichi 2030 ke arah penjajaran yang lebih baik bagi dasar dan perancangan pengangkutan, program, pengaturan institusi dan pembangunan infrastruktur selaras dengan objektif SDG dan Perjanjian Paris berkaitan perubahan iklim. – Bernama

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...