Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    16 kes penipuan pelaburan di Johor

    JOHOR BAHRU, 27 OKT – Sebanyak 16 kes penipuan pelaburan direkodkan di Johor dengan kerugian berjumlah RM1.08 juta dalam tempoh seminggu bermula 20 Oktober lepas.

    Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata nilai kerugian yang dilaporkan adalah antara RM300 hingga RM315,469.

    Beliau berkata nama-nama kes pelaburan yang dilaporkan adalah seperti Pslus AERS, Bitcoin, Fxpro, BF8 Coin, Sedia Investment Promotion, MIDF, Aplikasi Aico, Krypto Yomaex, Domain, Plan Basic LN (606) dan Delta.

    “Modus operandi bagi kes-kes pelaburan berkenaan adalah mangsa akan ditawarkan memasuki pelaburan dengan dijanjikan keuntungan pelaburan yang berlipat kali ganda dalam tempoh singkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan yang melibatkan transaksi kewangan.

    Kamarul Zaman berkata orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini modus operandi Jenayah Komersil.

    Orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar, katanya. – Bernama

    Datuk Kamarul Zaman Mamat bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...