Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malaysia komited tarik pelaburan dalam EV

    PEKAN, 15 FEB – Malaysia komited untuk menarik pelaburan dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan mencapai sasaran negara mem-buat EV termasuk hibrid (xEV) sekali gus menyumbang 15 peratus kepada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata negara dijangka mencapai sasaran pembuatan xEV sebanyak 38 peratus daripa-da TIV tempatan menjelang 2040.

    “Dari segi infrastruktur pengecasan, kerajaan menyasar untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 unit kemudahan pengecasan awam menjelang 2025,” katanya semasa berucap melancarkan EQS 500 4MATIC, kereta Mercedes-Benz elektrik sepenuhnya yang pertama dipasang di dalam negara (CKD) di kilang pengeluarannya, hari ini.

    Beliau berkata kerajaan mengutamakan pembangunan ekosistem EV manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan juga sedang merangka pekeliling untuk memudahkan proses kelulusan stesen pengecasan di peringkat kerajaan tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...