Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malaysia pertimbangkan etika, pengurangan risiko

    KUALA LUMPUR, 24 MEI – Malaysia berusaha untuk menggabungkan garis panduan etika ke dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI)nya dalam usaha untuk mengurangkan potensi risiko sektor yang sedang pesat membangun, kata seorang pegawai Malaysia kelmarin.

    Antara kebimbangan utama penyalahgunaan AI ialah potensi kempen maklumat yang salah dari AI yang menimbulkan ancaman besar kepada wacana awam dan kestabilan politik, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dalam satu kenyataan.

    “Memandangkan AI mula digunakan dalam sektor seperti penjagaan kesihatan, pengangkutan dan keselamatan awam; tadbir urus pengaruhnya menjadi sangat penting. Ini lebih daripada pematuhan kepada piawaian tinggi, ia juga mengenai memahami tentang cara teknologi AI dimanfaatkan secara bertanggungjawab ,” katanya.

    Chang menyatakan bahawa pembangunan Tadbir Urus dan Etika AI (AIGE) ialah titik permulaan untuk menginstitusikan AI dengan beberapa peranan seperti mengukur prinsip AI yang bertanggungjawab, risiko dan pematuhan etika AI dengan undang-undang dan peraturan sedia ada serta membangunkan panduan khusus AI dan etika untuk kegunaan sektor.

    Ini seterusnya akan membimbing penggubalan dasar Malaysia dalam memastikan penggunaan AI yang betul tanpa menyekat potensi besar yang ada padanya, tegas Chang.

    “Dengan melibatkan pengawasan manusia dalam fasa awal pelaksanaan AI, kami menyasarkan untuk menyusun data dengan ketepatan dan integriti. Langkah ini bertujuan untuk membina sistem AI yang berkesan, saksama dan adil,” katanya. – Xinhua

    Chang Lih Kang ketika sidang media selepas pelancaran program Artificial Intelligence Sandbox 2024 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 April. AIGE adalah titik mula untuk institusikan AI di Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...