Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Junta Myanmar bakal bina empangan mega

    YANGON, 24 MEI – Junta Myanmar telah mengatur semula rancangan untuk membina empangan yang disokong oleh China bernilai AS$3.6 bilion di utara negara itu, yang telah digantung lebih daripada 10 tahun lalu berikutan penentangan awam yang besar.

    Projek untuk membina empangan Myitsone berkapasiti 6,000 megawatt di negeri Kachin utara telah ditamatkan pada tahun 2011 di bawah junta sebelumnya.

    Penentang projek itu berkata empangan di sungai Ayeyarwady, yang akan mengeksport sekitar 90 peratus kuasa yang dijana ke China akan menyebabkan kerosakan alam sekitar yang besar dan memberi sedikit manfaat kepada negara tersebut.

    Junta mengumumkan kumpulan pemimpin baharu untuk projek hidroelektrik itu dalam satu notis bertarikh 24 April dan dikeluarkan di portal kerajaan pada Selasa.

    Kumpulan itu terdiri daripada 11 ahli, termasuk timbalan menteri elektrik dan akan ‘menjalankan dan mengurus penyelidikan, penyelesaian teknikal dan perhubungan awam’ untuk projek itu, kata notis itu.

    Ia akan bekerjasama dengan Syarikat Pelaburan Tenaga Antarabangsa Yunnan State Power Investment Corporation (SPIC) China dalam ‘penyelidikan, penyelesaian teknikal dan perhubungan awam,” tambahnya, tanpa memberikan butiran.

    SPIC ialah kumpulan milik negara China dan salah satu syarikat utiliti terbesar di negara ini.

    Penilaian alam sekitar 2015 yang ditugaskan oleh kerajaan Myanmar sangat menasihati agar pembinaan empangan tersebut tidak diteruskan, dengan mengatakan langkah itu boleh mengubah aliran sungai dalam secara luas.

    Laporan World Wide Fund for Nature (WWF) pada 2018 menganggarkan bahawa kira-kira 34 juta orang di Myanmar tinggal di lembangan Ayeyarwady, kira-kira dua pertiga daripada penduduk negara itu. – AFP

    Lelaki etnik Kachin Myanmar mencangkul emas di Myitsone di Myitkyina, Negeri Kachindi di utara Yangon, Myanmar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...