Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malaysia tumpu Laos sebagai peluang seterusnya di ASEAN

    KUALA LUMPUR, 28 JAN – Kalangan syarikat Malaysia perlu meneroka peluang di Laos sebagai negara yang sedang mengalami gelombang pembangunan ketara, terutama dalam infrastruktur, pengangkutan dan tenaga.

    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) juga mahu syarikat Malaysia berkaitan dengan pembinaan, kejuruteraan dan pengurusan projek menggunakan sebaik-baiknya peluang luas di negara itu.

    “Ini sejajar dengan landskap pembangunan semasa di Laos, apabila kerajaannya menekankan usaha memanfaatkan sempadan darat yang panjang dengan Myanmar, Kemboja, China, Thailand dan Vietnam untuk mentransformasikan Laos daripada dikelilingi sepenuhnya oleh daratan negara lain kepada penghubung yang menyediakan laluan pengangkutan darat ke pelbagai negara.

    “Inisiatif itu akan menyepadukan lagi ekonomi Laos dengan kalangan ekonomi yang lebih besar dalam zon kejiranannya secara keseluruhan,” jelas agensi penggalakan perdagangan itu kepada Bernama.

    Menurut Matrade, kerajaan Laos merancang untuk melonjakkan eksport pertanian, barangan perkilangan dan elektrik ke negara jiran di samping menyaksikan peluang pertumbuhan luas susulan projek kereta api Laos-China, dilancarkan pada Disember 2021, apabila kemudahan itu menghubungkan Kunming di wilayah Yunnan, China dengan ibu negara Laos, Vientiane. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...