Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    QAF Prestige hargai media, lancar Cayenne Turbo GT

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Sebagai tanda penghargaan kepada media, QAF Prestige Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Penghargaan Media yang diselajurkan dengan pelancaran Porsche Cayenne Turbo GT di Porsche Centre Brunei, kelmarin.

    Pengurus Besar Porsche Brunei, Lahiru De Silva berkata, majlis makan malam penghargaan media eksklusif berkenaan adalah sebagai tanda terima kasih kepada media tempatan atas sumbangan dan sokongan yang diberikan selama ini.

    Majlis turut diserikan dengan pelancaran generasi baharu Cayenne Turbo GT, yang membuktikan Porsche mencapai inovasi dan prestasi terkini.

    Acara itu bukan sekadar meraikan kerjasama pihak media malah mengetengahkan pencapaian Porsche Brunei pada tahun lalu.

    Beliau berkata, pada 2023, Porsche Brunei memulakan perjalanan penjenamaan semula yang mana transformasi yang lebih kepada perubahan identiti visual itu merupakan komitmen diperbaharui untuk kecemerlangan dan cerminan Porsche kepada wawasan Brunei yang semakin berkembang dalam segmen kereta sport mewah.

    Tahun 2023 juga menandakan ulang tahun ke-25 Porsche Brunei, disambut untuk memperingati suku abad kecemerlangan automotif di Brunei, manakala Porsche meraikan 75 tahun barisan kereta sport.

    Mengenai Porsche Cayenne Turbo GT, ia dikuasakan enjin lapan silinder paling berkuasa yang pernah dihasilkan Porsche.

    Berkapasiti 4.0-liter dan dibantu oleh dua pengecas turbo, enjin V8 itu menjana 640PS dan 850Nm, menunjukkan peningkatan seba-nyak 90PS dan 80Nm berbanding Cayenne Turbo Coupe.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keluaran baharu Porsche boleh mengunjungi Bilik Pameran Porsche Centre di Perindustrian Beribi.

    Porsche Cayenne Turbo GT yang dilancarkan pada majlis tersebut di Porsche Centre Brunei. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Lahiru De Silva menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...