Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaatkan keberkatan bulan Ramadan

    Bulan Ramadan, seperti yang diketahui,adalah satu bulan yang suci bagi kita umat Islam, di mana amalan kita akan diberikan ganjaran berlipat ganda, waktu untuk berdoa adalah mustajab dan bulan yang sangat berkah.

    Alangkah ruginya kita sebagai umat Islam jika melepaskan peluang ini dengan begitu sahaja disebabkan oleh perkara dunia semata-mata, bahkan terdapat juga yang sudah sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya seolah-olah menginginkan bulan keberkatan ini segera berlalu.

    Sebagai jemaah masjid, saya dapati jemaah akan semakin berkurang berbanding minggu pertama bulan Ramadan. Sehinggakan penghujung bulan, pusat membeli-belah pula banyak menerima ‘jemaah’ berbanding masjid untuk menunaikan tarawih.

    Tidak salah kalau kitani bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba setelah Ramadan, tetapi janganlah berhabis-habisan sehingga kita terlepas peluang mendapatkan ganjaran Ramadan yang hanya kita perolehi setahun sekali dan melupakan segala manfaatnya.

    Rebutlah peluang Ramadan untuk mendapatkan pahala yang berganda, tahun depan belum tahu kita akan dapat bertemu dan menjalani ibadah pada bulan penuh mubarak ini.

    Raudah

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda