Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Pengalaman menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawanan mengenai pemuliharaan alam sekitar dan isu-isu kemapanan mendorong penerima biasiswa FullBright, David Liew Teck Voon untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang pengurusan kemapanan di Amerika Syarikat (AS). David yang merupakan penerima biasiswa Fullbright Foreign Student akan melanjutkan pengajian Sarjana Sains dalam

