Monday, March 3, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Sabah pulih, semua PPS ditutup

    KOTA KINABALU, 2 MAC – Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir, iaitu di Telupid ditutup pada jam 8 pagi ini dan kesemua 350 mangsa daripada 102 keluarga yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.

    Pegawai Daerah Telupid, Celestine Jetony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid dalam kenyataan berkata semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami.

    “Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi dalam JPBD, maka saya mengisytiharkan bahawa semua PPS ditutup 8 pagi. Keadaan cuaca pagi ini mendung dan keadaan paras air semakin menurun,” katanya hari ini.

    Hujan lebat pada petang Rabu lepas menyebabkan beberapa kampung di Paitan dan Telupid, dua daerah di kawasan pedalaman Sabah, terjejas banjir.

    Ekoran itu, beberapa PPS dibuka di Telupid pada malam itu manakala PPS di Paitan dibuka keesokannya, namun ditutup petang semalam kerana banjir semakin pulih. – Bernama 

    PPS ditutup susulan banjir pulih. – Gambar fail Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda