Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa bencana terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sembilan ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah, tanah susur dan rumah roboh telah menerima bantuan kerajaan, hari ini.

    Bantuan kewangan berkenaan diserahkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS, hari ini.

    Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Para penerima bantuan ialah lima orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir iaitu Awang Abdul Halim bin Haji Bujang di Kampung Salambigar, Awang Tahir bin Haji Abdul Rahman di Kampung Belimbing Subok, Awang Mohd Amin Zulhabri bin Haji Ibrahim di Kampung Jangsak, Hajah Rojimah binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Siraj di Kampung Burong Pingai Berakas dan Haji Juinie @ Haji Zainibin Muslim di Kampung Sungai Tanit, Temburong.

    Turut menerima bantuan ialah Yong Sim Fong, pemilik rumah yang terlibat dalam kejadian tanah susur di Kampung Belimbing Subok pada 13 Disember 2022. Dua buah rumah yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada 27 Disember dan 11 Januari lalu masing-masing dimiliki oleh Juanah @ Jainah binti Jahari di Kampung Sinarubai dan Haji Mat Amit bin Matyassin di Kampung Perpindahan Sungai Bunga.

    Manakala sebuah rumah yang roboh pada 11 Januari lalu di Kampung Burong Pingai Ayer dimiliki oleh Pengiran Rafae bin Pengiran Haji Yassin.

    Bantuan kewangan berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama para penerima bantuan pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan bantuan Kepada Awang Abdul Halim pada majlis tersebut.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan bantuan kepada Juanah @Jainah pada majlis yang berlangsung di bangunan KKBS, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda