Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kejadian rumah roboh terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Mangsa kejadian rumah roboh yang berlaku pada 3 Jun lalu di Kampung Sungai Kebun telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Majlis penyerahan bantuan kepada Dayang Aisah binti Haji Tengah telah diadakan di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini. Hadir menyampaikan bantuan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Menurut kenyataan KKBS, kejadian berlaku pada pukul 1:45 petang dan akibat kejadian itu, suami mangsa mengalami kecederaan ringan. Bantuan kewangan yang diterima itu adalah untuk meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian.

    Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Haji Nazmi menyampaikan bantuan kewangan kepada Dayang Aisah pada majlis yang diadakan di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda